Masih teringat lagi ketika aku masih kecil, suatu petang aku dan ayahku bermain bola di laman rumah. sedang aku gembira, aku terjatuh dan lututku berdarah. terus ayah mengendong ku ke rumah. membersih luka dan menyapu ubat. ku tahu ayah begitu risau walaupun riaknya kelihatan begitu tenang.
Saat yang menenangkan bila teringat kembali saat mana ketika itu aku begitu merasa sedih dan duduk menangis di anjung kerana kecewa dengan keadaan di sekolah. ayah tiba-tiba datang di sisi menemani dan bercerita ttg kehidupannya yang lalu. Ntah mengapa aku tiba-tiba senyum dan ketawa. Ayah sememangnya insan yg memahami dan Lucu.
Ada satu detik yang melucukan bila hari itu mak sedang sibuk menguruskan satu perkara yg penting. ayah terpaksa mengantikan mak untuk membeli keperluan dapur di pasar raya..mengikut senarai panjang lebar yang mak telah sediakan, gelagat panik ayah berlegar-legar hampir berjam2 di pasar raya sambil membaca "nota" sesungguhnya sst yg tak di boleh lupakan. (dad didnt like shoppin..at all)
Siapa yang boleh lupa kasih sayang ayah pada ibu dan adik beradik. ayah tidak pernah melebihkan kakak atau mencurahkan kasih hanya pada abang. keprihatinannya sama rata untuk semua. ayah bijak meleraikan pergaduhan kecil kami beradik dan tidak jemu2 mengajar kami dan menceriakan kami bila saja kami muram dan sedih.
dan satu hari itu ayah pergi..untuk selamanya, kerana sakit. tidak pernah aku merasa sesedih ini.begitu juga ibu dan kakak dan abang. pada mulanya aku marah namun mengenang semula semua memori yang ayah lakukan, itu lah yang terus membuat aku 'hidup' hingga ke detik ini.
Dan detik2 itu lah yang aku betul2 inginkan dalam hubungan anak-bapa yang tak pernah aku dapat. dari kecil lagi aku tidak pernah mengenal ayahku sendiri. ibuku sahaja la bapa yang aku ada. tidak pernah aku menyalahkan ayah kerana meninggalkan kami @ kerana perkara yang mungkin dapat aku lakukan dengan kehadirannnya. ayah pernah cuba untuk kembali menebus semula tahun2 ketiadaannya tapi belum sempat aku mengenalinya, ayah betul2 telah pergi........
Happy Father's Day..Dad..wherevR u R...
0 comments:
Post a Comment